Thursday, March 18, 2010

assalamualaikum to all my brother & sisters in ISLAM

Kehidupan di dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata..dunia ini tidak akan kekal lama,hanya ALLAH shj yang mengetahuinya..selama mana DIA menghendakinya. MAHA SUCI ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM.

Firman ALLAH SWT. " إِنَّمَآ أَمْرُهُ إِذَآ أَرَادَ شَيْئاً أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ - فَسُبْحَـنَ الَّذِى بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَىْءٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
82. Verily, His command, when He intends a thing, is only that He says to it, "Be!'' -- and it is!) (83. So glorified be He and exalted (above all that they associate with Him), and in Whose Hand is the dominion of all things, and to Him byou shall we return. )

Jika kita mendalami firman suci ALLAH ini nescaya kita akan menginsafi,kenapa kita seringkali sahaja memikirkan sgt soal sakit hati, kecewa dan geram akibat daripada perbuatan manusia?/Apakah tidak cukup lagi kasih sayang ALLAH terhadap kita selama ini?? soalan sebegini sy tujukan kepada diri sy sendiri kerana kerap kali juga diri diuji oleh bermacam-macam perkara yg membuatkan kita sendiri hampir-hampir hilang kewarasan dan kesabaran.

sebagai manusia biasa, kita tidak akan dpt lari dr perasaan susah hati, sedih, murung atau pun kita terpaksa menghadapi situasi sukar sama ada yang berkaitan soal peribadi,kewangan maupun keluarga. Inilah di namakan dugaan atau cubaan hidup yang telah di berikan oleh ALLAH SWT kepada kita demi untuk menguji keimanan kita kepadanya. Kerana seperti mafhum firman-Nya di atas hanya kepadanya jualah kita akan kembali. Jadi dengan merenung diri saya sendiri saya ingin mengajak teman-teman sekalian supaya sama-samalah kita merenungkan ayat suci ALLAH di atas supaya tiada lagi rasa resah,duka dan nestapa bermain di hati maupun minda anda semua.

Jadi sama-samalah kita renunginya dengan hati penuh keinsafan. Semoga di pertemukan jalan penyelesaiannya, INsya ALLAH..berusaha, berdoa dan bertawakkal lah kepadaNYA..ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM..

3 comments:

  1. Saya setuju, kasih sayang Allah kepada hambanya mengatasi kasih sayang manusia. Sering kita berbuat dosa, tp kerana kasih sayang Allah, kita menyedarinya dan mengubah hidup kita ke jalan yang diredhai.

    ReplyDelete
  2. salam and tq pd my lil princess,MY hubby and my world...kita manusia yg selalu lupa pd DIA,malu kalau di kenang2 dosa2 yg ada..tp kita berdoa dan berharap semoga ALLAH dpt mengampuni segalanya.anyway, thank you for the comment.

    ReplyDelete
  3. Nice blog actually...mmg malu n kalau kita, mungkin kita x mampu nk ampunkan dosa2 tersebut, tetapi Allah maha pengasih, asalkan kita mahu bertaubat, insyaAllah diampunkan.

    ReplyDelete